Mari, Pujuk
Hati
Ya,
saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah
satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia
yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.
Biarkan
ia berlalu bagaikan angin.
Sebenarnya
kan, anda tidak perlu pun merasa sedih apabila anda tidak dihargai. Sebab apa?
Sebab disisi ALLAh sebenarnya, anda sudah mendapat penghargaan yang lebih besar
sekiranya anda memang ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLAh SWT.
Apa
yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu
menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan
kepada orang lain. Eh, jangan begitu.
Masih
ingatkah kepada sirah dakwah Nabi SAW? Baginda SAW melakukan segala usaha untuk
membawa manusia pada zaman itu untuk kembali pada akidah yang benar. Semua yang
dilakukan oleh Baginda SAW adalah kerana sifatnya yang kasih pada umatnya.
Tetapi, Baginda SAW juga mendapat tentangan, diasingkan, tidak dihargai malah
diburu untuk dibunuh oleh musuh-musuh agama.
Anda
ingin dapat ketenangan dalam setiap pekerjaan? Maka, fikirkan ALLAH!
Mari
kita cuba. Kita mencuba untuk melakukan segala apa yang kita hendak lakukan
dimulai dengan niat, melakukan kerana ALLAh SWT. Dengan itu, anda akan merasa
tenang hatta ada orang yang dengki dengan segala perbuatan anda. Sebab apa?
Sebab, anda dilindungi oleh ALLAh dari perasaan yang resah akibat gangguan dari
orang lain. InshaAllah.
Anda
pernah mendengar kata-kata seperti, “tangan yang memberi, lebih baik dari
tangan yang menerima”. Saya pasti dengan ayat-ayat ini.
Orang
yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAH, dan kerana
perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatakan daripada
perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas
dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.
Andainya
suatu hari nanti, anda memberikan sebuah kereta kepada seseorang. Maka tidak
mustahil sekiranya orang itu akan melanggar anda menggunakan dengan kereta yang
anda berikan sehingga anda lumpuh.
Anda
bersedih? Anda akan rugi.
Anda
senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia
itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. Wallahu’alam.
Untuk
diri saya sendiri terutamanya.
Semoga
ALLAh merahmati.
0 comments:
Catat Ulasan