Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 30 Jun 2012

Pesan Seorang Abang :)


Pesan Seorang Abang :)

بسم الله الرحمن الرحيم


Kita sering mengeluh dan bertanya...
kenapa itu??..kenapa ni?..



Renungan Buat Diri



Ya ALLAH, kenapa aku sering diuji?



2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

( 29: 2-3) Surah Al-Ankabut ayat 2-3




Ya ALLAH,  kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?





216. kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(2 : 216 )  Surah Al-Baqarah ayat 216



Ya ALLAH,  kenapa ujian yang aku terima seberat ini?







286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(2 : 286 )  Surah Al-Baqarah ayat 286




Ya ALLAH, tertekannya aku....



139. dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

( 2 : 139 )  Surah Al-Imran ayat 139



Ya ALLAH, bagaimana aku harus menghadapinya.... aku tak berdaya...




45. dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

( 2: 45) Surah Al-Baqarah ayat 45






YA ALLAH, aku tak tahan!!!




87. Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

(12 : 87 ) Surah Yusuf ayat 87





Ya ALLAH, apa yang aku dapat dari semua ini....



111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(9 : 111) Surah At-Taubah ayat 111




Ya ALLAH, kepada siapa aku patut berharap...




129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadanya aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang Besar."

(9 : 129) Surah At-Taubah ayat 129



Ya ALLAH, kenapa sering terasa sukar....




5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

( 94 : 5-6 ) Surah Al-Insyirah ayat 5-6







Sudah..
Jangan mengeluh...

ALLAH SENTIASA DI SISI KITA

InsyAllah sama-sama kita muhasabah diri dan perbetulkan niat :)

0 comments:

Catat Ulasan