Pages

Subscribe:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 26 Julai 2012

Mari Kenali diri ini


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Maha Pengasih
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
PERTAMA sekali terima kasih ikhwan ucapkan kerana kesudian anda menjadi pengunjung tetap laman ini. Hari ini ikhwan ingin berkongsi dengan kekawan, saudara dan saudari yang budiman sekalian tentang bagaimana proses kejadian manusia (kita) menurut Al-Quran. Bagaimana Allah SWT menciptakan manusia daripada setitis air mani sehinggalah menjadi seorang manusia. Masyaallah hebatnya Allah SWT. DIAlah yang Maha Berkuasa.
Sebelum Ikhwan menghuraikan proses kejadian manusia sepertimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran, sahabat-sahabiah perhatikan video ini terlebih dahulu. Berfikirlah sejenak tentang kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Mudah-mudahan kita menjadi seorang insan yang sentiasa muasabah dan mengenali diri.



Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :
PERINGKAT PERTAMA :
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :
” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “





Sperma Sperma menembusi ovum

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUA :
‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :
” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14



Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.
PERINGKAT KETIGA :
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud
“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT :
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :
“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”


Janin berusia 12 minggu
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA :
NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


anin mendapatkan makanan melalui uri
PERINGKAT KEENAM :
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.
Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam…
sumber : http://lailizah.tripod.com/









Jumaat, 13 Julai 2012

Lelaki power ranger yang memakai Gelang


LELAKI BERGELANG TANGAN

Awas!!
Salam semua, korang pernah tak dengar mengenai produk kesihatan Fusion Excel Quantum Scalar Energy. Kalau korang nak tau Fusion Excel Quantum Scalar Energy Pendant dicipta daripada zarah berasaskan lava yang digabungkan semula dengan menggunakan nano-teknologi dan gabungan itu diadun ke dalam suatu sebatian. 76 mineral dalam lava membantu mempromosikan kekuatan segera, meningkatkan fleksibiliti, keseimbangan yang lebih baik, perlindungan dari EMF, (frekuensi elektromagnet) dan meningkatkan tenaga air. Penting untuk dicatat bahawa tenaga yang produk ini telah dapat berlangsung selama minimal 50 tahun!

Tenaga yang disalurkan Quantum Scalar Energy Pendant ini melalui seluruh tubuh orang yang memakainya. Ini akan menjadikan satu perisai yang melindungi dan menghapuskan kesan frekuensi buatan manusia (60 HZ) pada tubuh manusia. Hal ini dicapai dengan meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh terhadap radiasi merosakkan yang berasal dari berbagai peralatan rumah tangga dan industri yang mengelilingi kita.



Antara kelebihana Quantum Fusion Excel adalah seperti berikut :-

1. Memperbaiki pengaliran darah
2. Meningkatkan stamina, daya tahan dan kekuatan
3. Meringankan rasa sakit, sakit & ngilu, dan meningkatkan fleksibiliti
4. Berikan tenaga sel-sel darah & mengurangkan simpulan
5. Menenangkan fikiran dan meningkatkan fokus dan konsentrasi
6. Mengukuhkan tubuh medan bio-tenaga untuk melindungi daripada gelombang elektromagnet berbahaya
7. Menggunakan tenaga air dengan Kalung Quantum untuk mencuci wajah anda untuk meningkatkan tekstur kulit
8. Letakkan di bawah botol penjagaan kulit anda untuk meningkatkan penyerapan dan keampuhan
9. Biarkan dalam peti ais untuk menyimpan makanan lebih segar lebih lama
10. Membantu untuk melawan sel-sel kanser
11. Mengurangkan keradangan
12. Membantu mencegah DNA daripada kerosakan


"sejarah tenaga scalar yang telah dikaji barat"













berhati-hatilah kawan-kawan... Lelaki Haram Bergelang Tangan
Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir seperti gelang quantom of pwer.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” (Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan lain-lain. Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
wallhualam.
sumber ustaz Zainuddin Hassim

Rabu, 4 Julai 2012


Mari, Pujuk Hati



Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.
Biarkan ia berlalu bagaikan angin.
Sebenarnya kan, anda tidak perlu pun merasa sedih apabila anda tidak dihargai. Sebab apa? Sebab disisi ALLAh sebenarnya, anda sudah mendapat penghargaan yang lebih besar sekiranya anda memang ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLAh SWT.
Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain. Eh, jangan begitu.
Masih ingatkah kepada sirah dakwah Nabi SAW? Baginda SAW melakukan segala usaha untuk membawa manusia pada zaman itu untuk kembali pada akidah yang benar. Semua yang dilakukan oleh Baginda SAW adalah kerana sifatnya yang kasih pada umatnya. Tetapi, Baginda SAW juga mendapat tentangan, diasingkan, tidak dihargai malah diburu untuk dibunuh oleh musuh-musuh agama.
Anda ingin dapat ketenangan dalam setiap pekerjaan? Maka, fikirkan ALLAH!
Mari kita cuba. Kita mencuba untuk melakukan segala apa yang kita hendak lakukan dimulai dengan niat, melakukan kerana ALLAh SWT. Dengan itu, anda akan merasa tenang hatta ada orang yang dengki dengan segala perbuatan anda. Sebab apa? Sebab, anda dilindungi oleh ALLAh dari perasaan yang resah akibat gangguan dari orang lain. InshaAllah.
Anda pernah mendengar kata-kata seperti, “tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima”. Saya pasti dengan ayat-ayat ini.
Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAH, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatakan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.
Andainya suatu hari nanti, anda memberikan sebuah kereta kepada seseorang. Maka tidak mustahil sekiranya orang itu akan melanggar anda menggunakan dengan kereta yang anda berikan sehingga anda lumpuh.
Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. Wallahu’alam.
Untuk diri saya sendiri terutamanya.
Semoga ALLAh merahmati.